Halaman

Selasa, 31 Mac 2009

اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah ) Jadual huruf dan contoh, latihan


*** Sila klik jadual di atas untuk melihat dengan lebih jelas

PENERANGAN:

(1) Penambahan ال di dalam sesuatu perkataan (isim - nama) akan membawa makna 'itu'.

Maka, jika diterjemahkan:

contoh:

بـَـيـْتٌ = rumah

الـْـبـَـيـْـتُ = rumah itu

(2) Ada terdapat 28 huruf hija'iyyah;

(2.i) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Qamariah. Tandanya ialah baris sukun @ mati ( ْ ) pada huruf lam.

(2.ii) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Syamsiah. Tandanya ialah baris syaddah @ sabdu ( ّ ) pada huruf selepas lam, manakala huruf lam pula tiada apa-apa baris.

(3) Seterusnya cuba perhatikan contoh alif lam Syamsiah berikut ini:

al-najmu --> an-najmu
al-rajulu --> ar-rajulu
al-diku --> ad-diku
al-samaku --> as-samaku

(Sila rujuk jadual yang tertera di atas)

(4) اَ لـْــبـَــيـْــت ُ + وَ = وَا لـْــبـَـيـْــتُ

al-baitu + wa = wal-baitu


wal-baitu (betul)
wa al-baitu (kurang tepat)


(huruf alif yang bertanda ص kecil di atasnya itu digelar sebagai hamzah wasal' iaitu:

--> Huruf alif akan dibaca seolah-olah berbaris di atas (fathah) sekiranya terletak pada awal ayat.

--> Sebaliknya tidak berbaris apa-apa jika berada pada pertengahan ayat sekalipun hanya didahului oleh huruf wau (وَ) yang bermakna 'dan'.

*** Tanda hamzah wasal banyak terdapat di dalam Al-Qur'an, tetapi setakat ini saya belum menjumpai key board yang mempunyai tanda ini.

(5) Contoh ayat:

الـْــقـَــلـَـمُ مـَــكـــسـُــورٌ - Pen itu patah. (dibaca; Al-qolamu maksuurun)

الـْــبـَــابُ مـَــفـْــتـُــوحٌ - Pintu itu terbuka. (dibaca; Al-baabu maftuuhun)

Tamrin / Latihan

اِقـْــرأ الكلمات الآتية واكتبها مراعيـًــا قواعد نطق الحروف القمرية والشمسية

Baca dan tulis perkataan-perkataan di bawah ini mengikut kaedah sebutan alif lam Qamariah dan Syamsiah:

Read and write the following keeping in mind the rules pertaining to solar and lunar letters:




Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وزارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...