بـَــيـْــتـِــى جـَــنـَّــتـِــى : rumahku syurgaku
Pada 6 Februari 15 tahun yang lalu ........
"Aku terima nikah'nya' fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai."
"Eh, orang dah lalu highway, dia ikut jalan lama lagi, sebut "aku terima nikah, bukan nikahnya". Kata Pak Imam.
Aduh, aku dah berpeluh-peluh ni...... banyak songel plak! ..........
(ulang semula) "(Pak Imam)..............."
Aku tarik nafas, "Aku terima nikah fulanah binti fulan dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai"
"Sah?"
"Saaaaaaahhhhhhh"
Alhamdulillah.............
MUSIM-MUSIM PERKAHWINAN
menyingkap tabir rahsia,
isteri yang kita nikahi,
tidaklah semulia Khadijah,
pun tidak setabah Fatimah,
justeru dia hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah.
Musim-musim perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama,
isteri itu tanah, kita langit penaungnya,
dia ladang tanaman, kita pemugarnya,
dia kiasan ternakan, kita gembalanya,
dia adalah murid, kita mursyidnya,
dia bagaikan anak kecil, kita tempat bermanjanya,
saat dia menjadi madu, kita teguk sepuasnya,
saat dia menjadi racun, kitalah penawar bisanya,
dia tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.
Musim-musim perkahwinan,
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
kita belajar meniti sabar dan redha,
memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
justeru kita tersentak dari alpa,
kita bukannya Rasulullah,
pun bukan Saidina Ali Karramallaahuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.
(Sajak oleh Abu Akil, Majalah An-Nasihah th 80an)
Untuk adik-adik yang masih bujang, kami nak berpesan;
(Gambar drp: http://s209.photobucket.com/albums/bb22/hamizanhazwan/?action=view¤t=taknakcouple.jpg )
Tak boleh baca tulisan? Klik gambar.
(Walaupun kedapatan juga yang bercinta macam nak 'rak' sebelum kahwin dan bahagia hingga ke akhir hayat..............)
Dengan rahmat dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T, alhamdulillah
kami bercinta selepas bernikah, berkenalan setelah bertunang, bertunang selepas puas hati dengan istikharah........ berbulan madu hingga kini........moga bahagia hingga ke syurga.
إن شاء الله. آمين آمين آمين يا رب العالمين