Halaman

Rabu, 28 Januari 2009

TEKNIK BERKESAN UNTUK MENGHAFAL AL-QUR'AN (SIRI 2)


sila klik tajuk di atas untuk melihat 'siri 1'
BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga.

Langkah ini perlu dilakukan supaya hafalan tersebut kukuh dan mantap dalam ingatan anda, kemudian barulah mulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA'AH / مـُـرَاجـَـعـَـة) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, kerana jika anda menghafal al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu sehingga berjaya menghafaz seluruh al quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal pasti hal itu akan terasa amat berat sekali.

Mengapa? Kerana secara tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari 'zero / kosong /0', oleh karena itu cara yang paling baik dalam menghafal al-Qur'an ialah dengan mengumpulkan antara muraja'ah (mengulang) dan menambah hafalan baru.


Begini caranya:

i. Bahagikan seluruh mushaf al-Qur'an menjadi tiga bahagian, setiap 10 juzu' menjadi satu bagian.

ii. Jika dalam sehari anda menghafal satu muka surat, maka ulangilah dalam sehari empat muka surat yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juzu'.

iii. Jika anda telah menyelesaikan sepuluh juzu', maka berhentilah selama sebulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak lapan muka surat.

iv. Setelah sebulan anda mengulang hafalan, sila mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua helai bergantung kepada kemampuan anda, dan mengulang setiap hari 8 muka surat sehingga anda berjaya menyelesaikan 20 juzu'

v. Jika anda telah menghafal 20 juzu' maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 muka surat.

vi. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafaz kembali setiap harinya satu atau dua muka surat terpulang kepada kemampuan anda dan setiap hari mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 helai, sehingga anda berjaya menghafaz seluruh al-qur an.

vii. Jika anda telah menghafaz 30 juzu':

vii (i)

Ulangilah 10 juzu' pertama secara tersendiri selama satu bulan:

Setiap hari setengah juzu'.

vii (ii)

Kemudian pindahlah ke
10 juzu' berikutnya.

Setiap hari diulang setengah juzu',

ditambah:

8 muka surat dari sepuluh juzu' pertama.

vii (iii)

Kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juzu' terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu;

Setiap hari mengulang setengah juzu',

ditambah:

8 muka surat
dari 10 juzu' pertama dan

8 muka surat dari 10 juzu' kedua.



BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJA'AH DI ATAS?

Ulangilah hafazan al-Qur an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juzu', dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari.

Apabila anda mendisiplinkan diri dengan teknik-teknik yang telah diutarakan di atas, maka insya Allah anda akan mampu mengkhatamkan al-Quran setiap dua minggu sekali.

Dengan cara ini maka dalam jangkamasa setahun insya Allah anda telah mutqin (kukuh) hafazan al-Qur an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.

Akan bersambung dengan tajuk: APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR'AN SELAMA SETAHUN?

Sumber:

1. Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi). Terjemahan: Team Indonesia - Abu Ziyad. 1428 H -2007. CARA PRAKTIS MENGHAFAL AL-QUR'AN (أسهل طريقة لحفظ القرءان الكريم). Riyadh : المكتب التعاون للدعوة وتوعية الجاليات بالربوة بمدينة الرياض
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...