Halaman

Ahad, 2 November 2008

MIMPI: Mimpi Memakai Kasut Api


Seseorang telah datang menemui Syeikh Sa'duddin al-Dharir, seorang buta di Aleppo, dan berkata, "Aku telah bermimpi di mana aku memakai kasut api yang terbakar hingga ke mata kakiku." Syeikh itu menjawab, "Dekatlah, aku akan memberitahu maksudnya." Syeikh itu pun memegang tangan orang itu dan menyuruh orang ramai yang ada di situ supaya memanggil pihak berkuasa. Setelah disiasat dan diselidiki, terbukti bahawa orang itu sering mencuri kasut di pintu masuk masjid. Kejahatan itu diakui olehnya, dan orang ramai pun pergi ke rumahnya untuk mengambil semula kasut mereka yang telah dicuri.
"Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada 46 sifat kenabian" (Hadith riwayat Muslim)
Rujukan:Muhammad Ibnu Sirin. 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 20 & xvi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...